Wednesday, January 24, 2007

Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif

The best ideas come from jokes. Make your thinking as funny as possible.
— David Ogilvy

Mungkin anda masih tercari-cari idea yang sesuai untuk anda jadikan projek perniagaan anda. Jika ini keadaan anda, cuba anda fikirkan dengan mendalam bagaimana mencungkil idea kreatif perniagaan yang baik dengan.....

1. Meniru barangan keluaran orang lain yang sudah berjaya.
2. Mencipta cara yang lebih mudah untuk melakukan sesuatu. 3. Menghasilkan sesuatu yang belum ada dalam pasaran.
4. Mendengar rungutan.
5. Menggunakan hobi untuk menjalankan perniagaan.
6. Menghasilkan sesuatu untuk orang cacat.
7. Mengembangkan kegunaan sesuatu benda.
8. Menggabungkan dua kegunaan barang yang berbeza menjadi satu.
9. Meninggikan mutu barangan atau keluaran atau perkhidmatan.
10. Mengatasi kelemahan barangan keluaran pesaing.
11. Memasarkan barang-barang mengikut musim perayaan.
12. Menyelesaikan sesuatu masalah.
13. Menyediakan keperluan asas.
14. Mengembangkan dan menggunakan kemahiran diri.
15. Memanafaatkan bahan yang terbuang.
16. Mendengar harapan/rungutan orang.
17. Menukarkan angan-angan menjadi kenyataan.
18. Menggunakan idea daripada lawatan-lawatan. Mencetus Pemikiran yang Kreatif
Terdapat beberapa cara untuk merangsang kepada pemikiran kreatif. Menunggu sahaja idea datang dengan sendirinya adalah cara yang tidak bijak. Oleh itu ;
a) Anda haruslah bersikap dahagakan maklumat. Bacalah tanpamengira apa jenis subjek kerana buah fikiran yang kreatif akanterhasil daripada adunan idea-idea yang anda baca.
b) Cari satu hobi yang berseni (anda tidak semestinya mahir kemudiannya)
c) Tulis , lakar , rekabentuk apa sahaja yang terlintas difikiran
anda (selalunya satu idea akan melompat ke idea yang lain)
d) Buat sessi 'brainstorm' dengan pihak laine) Letakkan diri anda dibawah satu tekanan yang munasabah dengan menetapkan sasaran matlamat (perhatian : tekanan melampau akan menghalang pemikiran kreatif anda pula!)

Sebenarnya semua orang mempunyai imaginasi yang mana adalah bahan api kepada pemikiran kreatif. Hanya pemikiran yang negatif sahaja yang menghalang proses pemikiran kreatif ini.